REVIEW CD AMIR MELUDAH no komentar

Posted at 9:04 AM in


Amir Meludah, jika diteliti lelah berkarya, dalam dua tahun,(2012 - 2014) jika tidakpun lebih. Kita upaya menangkap pergulatan kata-katanya dalam gubahan lagu-lagunya berlegar saat pseudo-nasionalisme yang menyeringai taring fasisme dan rasisme lebih-lebih lagi detiknya status quo kuasa politik negara kian tergugah.


Tidak ada dolak-dalik, teks dan konteks karyanya menangkap dan dihambur tepat-tepat liriknya pada kegampangan sistem politik negara ini, tidak ada basa-basi, autoriti atas nama demokrasi pada Amir adalah hipokrasi,nah!

"Majikan khalifah raja sultan,
Aku majikan khalifah raja sultan,
Majikan khalifah raja sultan
Siapa Majikan khalifah raja sultan!"

Ada yang berasakan permainan kata-kata Amir berombak meleret dipenuhi pengulangan yang disengajakan mengalir - atas nafsu berahi estetika barangkali - ianya menjenuhkan, ya, tetapi tidak, jika kita melihat pengulangan itu dalam nada penegasan isinya,begini;

"Idea ditutup,
untuk dijual untuk dipungut,
untuk dikawal untuk dianut,
untuk dikekal untuk diikut..."

Jika,kalaulah Sasterawan Besar Shahnon Ahmad kita berjinak-jinak mahu ber-rapping, jika tidak menulis Ranjau Sepanjang Jalan,gamaknya beginilah hasilnya!

Tunjang kuat Amir pada idea liriknya, tetapi yang pasti masih banyak ruang untuk diteroka khususnya dengan tafsiran-tafsiran simbolisme dan metafora dalam menenun idea dan lirik.

Ah,propagandis sekalipun perlu bermimpi! - Ambil contoh simbol perkakas politik kotor dengan perkataan hancing, anjing, tong sampah dan etsetra etsetra - masih terpakai walau klise yang tidak perlu diulang.

Susunan musik Amir dengan kelengkapan musik dan perisian (jika tidak silap dalam satu wawancara, memakai perisian Audacity) yang minimalis dalam mengadun runut dan rentak bunyi boleh diberikan pujian dengan kompleksiti instrumen tradisional digaul bunyi dubbing moden.

Untuk permulaan, yang terpuji oleh Amir adalah idea lirik dan kesungguhan berkarya,
manakala yang menunggu puji oleh Amir adalah susunan muzik dan selok-belok teknik rappingnya.

Nora bagi tiga poin lima molotov koktel!

Yang menulis:
-Zikri Rahman-
0 Responses to 'REVIEW CD AMIR MELUDAH'

Leave a Reply