Apakah Alteraktif no komentar

Posted at 8:25 PM in

Perancangan jangka panjang Alteraktif adalah untuk menjadi sebuah pergerakan (movement) dan brand name kepada publikasi dan penerbitan DIY, dengan harapan ianya menjadi inspirasi kepada anak-anak muda tempatan yang lain untuk bangun, bergabung dan beraktiviti secara kolektif dan seterusnya mengorak perubahan (change) terutamanya dari segi pemikiran (mentality).

ALTERAKTIF RECORDS
Alteraktif Records menguruskan semua penerbitan audio dan audio visual dan dianggap sebagai tunjang utama Alteraktif. Penyebaran kesedaran (awareness) melalui muzik dan lirik merupakan senjata yang paling efektif didalam perjuangan memerangi prejudis, kejahilan dan bigotri.

ALTERAKTIF PRESS
Alteraktif Press mengawal selia semua penerbitan bercetak yang mencakupi penerbitan buku dan fanzine. Tunjang penting memandangkan kesemua individu-individu dibelakang Alteraktif adalah penulis-penulis, editor-editor buku dan fanzine.

ALTERAKTIF 16450
16450 adalah brand pakaian yang akan diterbitkan oleh Alteraktif. Mengambil idea daripada konsep patches, 16450 ditubuhkan dengan tujuan untuk memanipulasi fesyen sebagai alat penyebaran maklumat dan untuk mengkehadapankan propaganda.