Siapakah Alteraktif no komentar

Posted at 8:26 PM in

Alteraktif merupakan sebuah label berteraskan Hardcore Punk yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Mula bergerak dan bergiat aktif didalam bidang penerbitan pada tahun 2013, dan dipelopori oleh anak-anak muda yang pernah bergiat bersama didalam Network of Solidarity Collective (NOSC), sebuah kolektif hardcore punk yang aktif beraktiviti pada awal tahun milenium yang lalu.

Label yang ditubuhkan sebagai off shot kepada sebuah lagi label Hardcore Punk yang bergerak aktif sejak akhir 90an lagi.iaitu Papakerma Records, Alteraktif memberi laluan dan fokus kepada penerbitan-penerbitan yang lebih politikal, radikal dan berhaluan kiri dengan misi untuk menyebar luaskan maklumat, menggalakkan budaya intelektual (intellectualism) dan wacana ilmiah (intellectual discourse) serta menjadi platform terhadap kesedaran politik (political awareness) dikalangan anak-anak Malaysia.

Namunpun begitu, Alteraktif bukanlah mesin propaganda kepada mana-mana pihak. Ini bertepatan dengan ideologi non partisan yang didokong oleh individu-individu yang menggerakkan Alteraktif. Penerbitan-penerbitan Alteraktif diterbitkan dengan tujuan supaya anak-anak muda boleh menggunakan fikiran mereka dan membuat apa-apa pilihan secara bebas dan tanpa kongkongan dogma masyarakat dan ahli politik.