REVIEW CD AMIR MELUDAH no komentar

Posted at 9:02 AM in


Gospel politik yang diadunkan dengan hip hop mula diperkenalkan kepada arus utama oleh Public Enemy, dan dijenamakan semula kepada budaya pop oleh NWA sebagai Gangsta Rap. Namun untuk mendapati nuansa hip hop dengan bait bait anarkisme, itu hampir tidak pernah saya dengar, lebih-lebih lagi di Malaysia.



Malah di persada antarabangsa, saya hanya mengetahui dua nama sahaja yang menggabungkan hip hop dengan tema haluan politik kiri, Dead Prez (lirik bertemakan anarcho sosialisme dan black power) dan Homicide (yang diperkenalkan di Malaysia oleh Papakerma).

Hari ini, label off shot Papakerma iaitu Alteraktif Distro, telah meneruskan kelansungan tersebut dengan menerbitkan cakera Amir Meluda, seorang pemuisi atas ritma tempatan yang menonjolkan rap dengan tema politik kiri. Apa yang saya boleh katakan, cakera ini mempunyai penyampaian yang cukup padu dan jelas dengan gaya bahasa yang puitis dan tinggi.

Komen saya hanya satu, lirik dengan gaya bahasa terlalu tinggi walaupun baik kadang kadang membuatkan mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Amir Meluda, hilang didalam penterjemahan. Mungkin faktor usia saya yang menyebabkan saya tidak mempunyai cukup kesabaran untuk menelaah samada lirik beliau mempunyai mesej dan peceritaan atau sekadar bait-bait puisi kosong yang dipantunkan semata-mata. Namun apa yang saya pasti adalah memang terdapat perkataan-perkataan seperti "anarki" yang memberi klu bahawa lirik beliau ada propagandanya dan mesej kiri nya sendiri.

Ini adalah terbitan yang baik dan satu nafas baru didalam arena hip hop tempatan. Penglibatan Alteraktif juga memungkin nuansa ini menyeberangi jambatan dan seterusnya berjabat tangan dengan gerombolan politik extreme left yang selalunya dikaitkan dengan muzik yang lebih keras seperti Hardcore, Punk dan Grindcore. Dapatkan cakera ini sekarang.

Benign Nor Hafeez
Abstained Agogo Fanzine
Rating: 7/10
0 Responses to 'REVIEW CD AMIR MELUDAH'

Leave a Reply